Jumaat, 14 Januari 2011

Ada Beza KE?kakitangan Kerajaan VS kakitangan swasta???

Assalamualaikum semua...

Lama aku tak updated blog ni...Bz la bro!!!
dalam tempoh aku tak updates ni...byk la peristiwa yg berlaku dalam hidup aku dan persekitran aku...malas la nak ulas byk...
Pertama sekali...aku dan geng2 department aku kecoh pasal duit>>>hahaha...korng tau tak pasal ape...
mybe adala org2 yg tau pasal ni...aku pun sebenarnya br tau...
Korang tau tak pasal Dinar Iraq yg kecoh diperkatakan?hahaha
aku lah salah sorng yg terjebak dgn Matawang negara teluk tu.....korang nak tau tak?hahaha aku tak nak bgtau...korng cari la sendiri ape yg aku cakapkan ni......hahahahah

Bersabit dgn citer duit yg aku bagtu ni...aku nak ulas sikit tentng perangai bank2 kat malaysia ni....macam tajuk kat atas tu....Kakitangan Kerajaan VS Kakitangan Swasta....
korang rasa nak beza ke?mesti la ada dow....hahahhah
tapi kenapa kakitangan swsta susah nak wat loan???klu keje kerajaaan tu...mudah je....kejap je dah lulus....hampeh tul la bank2 kat malaysia ni....


kenape perlu ada kasta dalam nak meluluskan pinjaman...myb  kerana ni la ramai yg terjebak dgn skim cepat kaya...pinjaman dgn AH long Bukit Beruntung....silap2  leh kena simbah cat tau...
patutnya kite kena wat sesuatu la pasal perkara ni..dgn tekanan ekonomi yg semakin teruk ni...bayangkanlah semua harga barang dah naik..mcmaner rakyat kita nak hidup???nak pinjam bank..mcm2 kena ada...tak lulus la...ape la...cian kat org keje swasta....keje kerajaaan senag je...gaji dah la besau...dgn insentif kerajaan bg lg...nak wat loan pun mudah....tp kualiti keje mcm tu gak...kul 10 dah kuar g makan roti canai...tghari tido je kejenya...memalukan la...tp bukan semua la...ada yg bagus...

Hakikatnya.....keje swsta>>susah wat loan>>tak banyak hutang>>mati roh naik ke langit coz takde hutang.
                      Keje kerajaan>>senang wat loan>>byk hutang>>mati jadi hantu coz tak bayar hutang.
hHhahahahahahaa...jgn marah  KAKITANGAN KERAJAAN..gurau je...setuju atau tak???

Ahad, 2 Januari 2011

Obesiti vs Diet??berkesan kE???

BAru2 ni kita telah dikejutkan dgn berita pemergian pelakon drama Manjalara,Adamaya dan Tiramisu...aku memang minat la ketiga2 drama ni..pelakon yang dimaksudkan adalah Allahyarham Faizal Yusof..Al Fatihah wat arwah...myb semua org agak terkejut la dgn pemergian arwah...
di sebabkan sakit jantung...salah satu salur darah tersumbat...umur arwah baru 33tahun...masih muda...

memang tak dinafikanlah ajal maut tu memangla ditangan Allah SWT...Allah SWT pun menarik ajal seseorg tu dgn asbab la...supaya manusia tak menyalahkan Tuhan...

apa yg aku nak tekankan disini tentang kesihatan la...faktor pemakanan adalah menyumbang utama unutuk sakit2 kronik terutamanya di malaysia ni..memang rakyat Malaysia ni mewah dgn makanan..dgn pencampuran pelbagai bangsa kat Malaysia ni maka tercipta la aneka makannan kat sini.....

bila berlakunya masalah berat badan dikalangan rakyat...rata2 org menyalahkan restoran makanan ringan seperti KFC,McD,Piza Hut la...MeryBraown la..ape2 la lg...konon2 mereka la yg menyumbang pada masalah berat badan di negara ni...hey kawan...makanan tradisi kita pun sama gak...ape ingat klu KFc tak de kat Malaysia ni semua rakyat leh sihat ke?




Takde maknanya....Nasi lemak,teh tarik,kari kepala ikan,rendang,sate..dam mcm2 lg la..bak lagu Jalil Hamid..makanan pelik2 tu...tahi minyak...tahi itik...hhahahaha..tahap kesedaran rakyat kita still lg sama..makan lewat malam..mengeteh la...lepak2 la...mane tak sakit jantung??
Td usha2 blog..ada fakta dr salah satu blog..teh tarik yg pakai teh timbang tu bahaya rupanya...ini petikan blog tu...

Teh timbang atau teh sukat yang amat digemari oleh penduduk di negeri ini sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan mereka.

Ketua Penolong Pengarah Kanan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Kelantan (JKK), Ahmad Nadzri Sulaiman berkata, teh berkenaan yang sering digunakan peniaga kedai kopi sebenarnya mengandungi bahan pewarna sintetik (bukan semula jadi) yang berbahaya kepada kesihatan.

"Teh berkenaan tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di rata-rata kedai runcit di negeri ini. Ia berbahaya kepada kesihatan pengguna dalam jangka masa yang lama,” katanya.

Katanya, penjualan teh perlu mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985 iaitu tidak membenarkan serbuk teh ditambah bahan pewarna.

Sesiapa yang didapati menjual, mengimport, mengguna dan menyimpan teh timbang ini, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun, katanya.

Beliau berkata berdasarkan rekod JKK dari Januari hingga Oktober 2010, sebanyak 1,858 kilogram serbuk teh timbang bernilai RM22,296 dirampas dalam operasi yang dijalankan JKK.

Peniaga restoran, Meriyam Sholah, 45, berkata beliau tidak mengetahui bahaya penggunaan teh itu dan telah menggunakannya sejak sepuluh tahun lalu.

“Makcik memang suka guna teh timbang ni, pekat molek untuk buat air teh terutama teh susu, kalau guna yang uncang tu nampak pucat dan tak sedap, pelanggan pun bising,” katanya.


 
Jadi?anda pikir kan la...nak makan per?ingat hadis Nabi..sarang penyakit tu datangnya dari dalam perut...huhuhuh

THINK ABOUT IT,DANIEL'S THINKING IT