Jumaat, 14 Januari 2011

Ada Beza KE?kakitangan Kerajaan VS kakitangan swasta???

Assalamualaikum semua...

Lama aku tak updated blog ni...Bz la bro!!!
dalam tempoh aku tak updates ni...byk la peristiwa yg berlaku dalam hidup aku dan persekitran aku...malas la nak ulas byk...
Pertama sekali...aku dan geng2 department aku kecoh pasal duit>>>hahaha...korng tau tak pasal ape...
mybe adala org2 yg tau pasal ni...aku pun sebenarnya br tau...
Korang tau tak pasal Dinar Iraq yg kecoh diperkatakan?hahaha
aku lah salah sorng yg terjebak dgn Matawang negara teluk tu.....korang nak tau tak?hahaha aku tak nak bgtau...korng cari la sendiri ape yg aku cakapkan ni......hahahahah

Bersabit dgn citer duit yg aku bagtu ni...aku nak ulas sikit tentng perangai bank2 kat malaysia ni....macam tajuk kat atas tu....Kakitangan Kerajaan VS Kakitangan Swasta....
korang rasa nak beza ke?mesti la ada dow....hahahhah
tapi kenapa kakitangan swsta susah nak wat loan???klu keje kerajaaan tu...mudah je....kejap je dah lulus....hampeh tul la bank2 kat malaysia ni....


kenape perlu ada kasta dalam nak meluluskan pinjaman...myb  kerana ni la ramai yg terjebak dgn skim cepat kaya...pinjaman dgn AH long Bukit Beruntung....silap2  leh kena simbah cat tau...
patutnya kite kena wat sesuatu la pasal perkara ni..dgn tekanan ekonomi yg semakin teruk ni...bayangkanlah semua harga barang dah naik..mcmaner rakyat kita nak hidup???nak pinjam bank..mcm2 kena ada...tak lulus la...ape la...cian kat org keje swasta....keje kerajaaan senag je...gaji dah la besau...dgn insentif kerajaan bg lg...nak wat loan pun mudah....tp kualiti keje mcm tu gak...kul 10 dah kuar g makan roti canai...tghari tido je kejenya...memalukan la...tp bukan semua la...ada yg bagus...

Hakikatnya.....keje swsta>>susah wat loan>>tak banyak hutang>>mati roh naik ke langit coz takde hutang.
                      Keje kerajaan>>senang wat loan>>byk hutang>>mati jadi hantu coz tak bayar hutang.
hHhahahahahahaa...jgn marah  KAKITANGAN KERAJAAN..gurau je...setuju atau tak???

Ahad, 2 Januari 2011

Obesiti vs Diet??berkesan kE???

BAru2 ni kita telah dikejutkan dgn berita pemergian pelakon drama Manjalara,Adamaya dan Tiramisu...aku memang minat la ketiga2 drama ni..pelakon yang dimaksudkan adalah Allahyarham Faizal Yusof..Al Fatihah wat arwah...myb semua org agak terkejut la dgn pemergian arwah...
di sebabkan sakit jantung...salah satu salur darah tersumbat...umur arwah baru 33tahun...masih muda...

memang tak dinafikanlah ajal maut tu memangla ditangan Allah SWT...Allah SWT pun menarik ajal seseorg tu dgn asbab la...supaya manusia tak menyalahkan Tuhan...

apa yg aku nak tekankan disini tentang kesihatan la...faktor pemakanan adalah menyumbang utama unutuk sakit2 kronik terutamanya di malaysia ni..memang rakyat Malaysia ni mewah dgn makanan..dgn pencampuran pelbagai bangsa kat Malaysia ni maka tercipta la aneka makannan kat sini.....

bila berlakunya masalah berat badan dikalangan rakyat...rata2 org menyalahkan restoran makanan ringan seperti KFC,McD,Piza Hut la...MeryBraown la..ape2 la lg...konon2 mereka la yg menyumbang pada masalah berat badan di negara ni...hey kawan...makanan tradisi kita pun sama gak...ape ingat klu KFc tak de kat Malaysia ni semua rakyat leh sihat ke?




Takde maknanya....Nasi lemak,teh tarik,kari kepala ikan,rendang,sate..dam mcm2 lg la..bak lagu Jalil Hamid..makanan pelik2 tu...tahi minyak...tahi itik...hhahahaha..tahap kesedaran rakyat kita still lg sama..makan lewat malam..mengeteh la...lepak2 la...mane tak sakit jantung??
Td usha2 blog..ada fakta dr salah satu blog..teh tarik yg pakai teh timbang tu bahaya rupanya...ini petikan blog tu...

Teh timbang atau teh sukat yang amat digemari oleh penduduk di negeri ini sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan mereka.

Ketua Penolong Pengarah Kanan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Kelantan (JKK), Ahmad Nadzri Sulaiman berkata, teh berkenaan yang sering digunakan peniaga kedai kopi sebenarnya mengandungi bahan pewarna sintetik (bukan semula jadi) yang berbahaya kepada kesihatan.

"Teh berkenaan tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di rata-rata kedai runcit di negeri ini. Ia berbahaya kepada kesihatan pengguna dalam jangka masa yang lama,” katanya.

Katanya, penjualan teh perlu mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985 iaitu tidak membenarkan serbuk teh ditambah bahan pewarna.

Sesiapa yang didapati menjual, mengimport, mengguna dan menyimpan teh timbang ini, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun, katanya.

Beliau berkata berdasarkan rekod JKK dari Januari hingga Oktober 2010, sebanyak 1,858 kilogram serbuk teh timbang bernilai RM22,296 dirampas dalam operasi yang dijalankan JKK.

Peniaga restoran, Meriyam Sholah, 45, berkata beliau tidak mengetahui bahaya penggunaan teh itu dan telah menggunakannya sejak sepuluh tahun lalu.

“Makcik memang suka guna teh timbang ni, pekat molek untuk buat air teh terutama teh susu, kalau guna yang uncang tu nampak pucat dan tak sedap, pelanggan pun bising,” katanya.


 
Jadi?anda pikir kan la...nak makan per?ingat hadis Nabi..sarang penyakit tu datangnya dari dalam perut...huhuhuh

THINK ABOUT IT,DANIEL'S THINKING IT

Jumaat, 31 Disember 2010

Ada Apa dgn Malam Tahun Baru??????

ADa ape dgn malam tahum baru??
aku pun tak tau...ape yg best sgt dgn tahun baru?
bg aku selain koyak kalender baru..citer2 best kat TV
tp yg paling penting  umur makin meningkat dan maknanya..rumah makin jauh...kubur makin dekat..
kenapa la kurang orng sedar bab2 ni.?
aku bukan la anti org2 ni..aku pun kadang2 2 kali 5 gak..tp entah la..
agak melampau2 kadang diorg ni..yahudi dan nasrani suka la diorng dah berjaya nak sesatkan umat islam ni...kite ni melayu am nya..suka sgt bab2 hiburan ni...sampai tak ingat dunia...agak2 la..tiap2 tahun mcm ni gak...tgk la 9 bulan dpn...berapa agaknya bayi2 yg akan dibuang...mesti ramai...

myb pihak2 yg berkuasa leh wat sesuatu pasal isu ni...sampai bila la kita nak jadi mcm ni...tiap2 tahun sama je..yg paling popular...budak melayu islam..
paper bsk tgk la dalam metro,dalam sinar harian.
byk isu pasal keruntuhan akhlak melayu islam...

hadis nabi:
Dari Abu Sa'id Al Khudri ra berkata,Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,"Kamu akan mengikut jejak langkah umat umat sebelum kamu,sejengkal demi sejengkal,sehasta demi sehasta,sehingga kalau mereka masuk dalam lubang biawak pun kamu akan mengikut mereka"...Sahabat bertanya,Ya Rasulullah!" apakah Yahudi dan Nasrani kau maksudkan?..Nabi SAW menjawab.."siapa lg kalau bukan mereka"
                                                                                                                                       HR Muslim


sedarla Nabi pu n dah bg amaran  1400 tahun dulu..kita je tak sedar2....jadi...jika kita tak de kuasa nak bantah...kita bantah dgn lidah..dan if tak mampu gak..cukupla dgn rasa benci dalam hati...e2 la selemah2 iman.....
TAKBIR!!!!
THINK ABOUT IT,DANIEL'S THINKING IT..





Khamis, 30 Disember 2010

Tahniah+Hujan+Masjid+Politik+Senaman

Tahniah!tahniah! firstly aku nak ucap tahniahlah pada skuad Bola sepak Malaysia atas kemenangan Piala AFF Suzuki baru2 ni...biarpun byk isu yg diperkatakan...laser la,bomoh la,dukun la,mcm2  tapi yg penting menang gak...hahahaa


Ok2...cukup2 pasal bola,hari ni nak cakap sikit pasal politik la..bolehkan...aku ni bukan la penyokong tegar kepartian la.just usha usha je bab2 politik ni...kira atas pagar gak la..manaer yg baik aku sokong mana yg tak baik aku bantah...ok..

baru2 ni kecoh pasal berita apabila non muslim masuk masjid la...mcm2 pendapat yg kuar dari org ramai..bantah la,kecam la,sokong la,bagus la...pe la diorng ni...benda2 mcm ni pun nak gaduh2...bg aku la...secara peribadila...aku bukan la ustaz ke,ulamak je,just nak bg pandapat dari pandangan aku jela...hopely tak dela yg kecam aku lak...
aku rasa ok ape non muslim nak dekat2 kan diri diorg dgn masjid..bagus la...myb tu la salah satu cara nak dakwah kat non muslim..diorng sendiri yg nak datang masjid...klu nak bandingka dgn kita yg keturunan melayu islam dari zaman nenek moyang ni makin jauh dgn masjid..jgn katakan solat jemaah,masjid anjur futsak ke,senamam ke pun tak datang..kadang2 masjid anjur kenduri pun tak nak datang...makan free tu...tak nak gak!!!teruk tak umat islam skrng?

tp diorng ni cakap non muslim ni tak tau adab g masjid?hey kawan...umat islam sendiri tak tau adab g masjid...sibuk nk tunjuk salah org...umat islam bukan je tak tau adab kat masjid..adab kat bumi Allah pun tak tau..tgk la anugerah baru2 ni...menteri pun cakap artis pakai seksi...aku bg korng tgk gambar2 kat bawah ni...korng nilai la sendiri maner yg betul,maner yg salah...lu prg pikir la sendiri...
Think About IT,Daniel's Thinking IT

Selasa, 28 Disember 2010

Menanti Kejayaan Malaysia..

Assalamualaikum...

Hari ni aku bg ulasan la tentang apa yg bakal berlaku pada malam ni...iaitu perlawanan akhir kedua Malaysia dgn Indonesia di Jakarta...seperti yg kita tau la..Malaysia mendapat kelebihan 3 gol semasa perlawanan di Bukit Jalil br2 ni...hahahaa...walaupun byk provokasi dan krontoversi yg berlanda terutamanya dari media2 Indonesia dan poyokong mereka..

Lumrah pertandingan..sedikit sebyk mesti ada perasaan tak puas hati..biasala..
ape pun...aku sebagai rakyat Malaysia tetap menjadi penyokong Setia Malaysia!!!!hidup Harimau Malaya!!!
Wat rakyat2 Malaysia...marilah kita doakan kejayaan skuad Bola sepak kita..jadilah penyokong yg berdisiplin.jgn terikut2 sikap penyokong mereka yg agak fanatik...

Ok?Thinking About IT.Daniel's Thinking IT

Harimau Malaya Vs Garuda

Minggu ni semua org sibuk dgn topik perlawanan bola antara Malaysia dan Indonesia..aku memang menonton la perlawanan br2 ni..kat TV je la..kecoh pasal kononya Markus..pengaja gol Garuda silau kena pancaran laser...abis media2 Indonesia,penyokong Gadura tak puas hati atas kekalahan pasukan diorg tu.

entahla...bg pendapat peribadi aku la...biasala bila dah kalah ada la yg tak puas hati...e2 semua lumrah alam..myb betul,myb salah...tpkan bg aku..memang sejak kebelakangan rakyat malaysia agak fanatik la ttng sesuatu..tak mcm dulu...myb diorg dah tak takut pada polis atau diorng dah tak hormat polis...lihat la...byk anjuran demotrasi yg brlaku sejak akhir2 ni...

tak kira la dari pihak Pakatan Rakyat atau Kerajaan pun...diorng dah tak peduli sgt dgn polis ni...lantak pi la...rasanya perkenbangan mcmni tak berape elok la...tp kena gak pk dari satu sudut lain..if dari segi undang biasa...ketidakpuasan hati rakyat tak diambil kira..kat maner lg rakyat nak mengadu??myb e2 la cara yg paling baik untuk meluahkan ketidakpuasan hati 2...entahla..korng pk la sendiri,

Kelahiran Blog Ku....

hari nya agak bersejarah wat diriku ni..try2 la nak wat blog sndiri...teringin lak nak wat pas tgk beberapa kawan2 ada blog sendiri..walaupun tak tau nak tulis ape kat sini..tp tgk member tak tulis pe pun..just citer2 ape yg diorng lalui hari tu je...aku try la update blog aku ni...selagi termampu...

dalam blog ni aku akan bincang dan tulis semua perkara yg aku rasakan patut aku ulasan dari perspektif jiwa aku...emua perkar..politik,agama.isu semasa dan lain2 la...hopely sapa2 yg sudi baca leh la bg komen yg membina untuk improvekan lg blog nikkk...sekian...trinmas...